Friday 7 November 2014

Raif Anaqi Hafiz Nama Diberi.....

Salam Jumaat...
Setelah 2bulan lebih bercuti akhirnya diri ini mula bekerja. Saat yang paling berat untuk aku lakukan bila terpaksa tinggalkan Aif di rumah..huhuhu Tidak sanggup berjauhan darinya walau sesaat..akan tetapi hidup ini perlu kelangsungan...kena kerja keras demi anak tercinta...ok genk2 ku,aku teringin sekali menceritakan pengalaman yang paling mengerunkan ni kepada kalian..kekekeke detik-detik kelahiran putera kecil ku...Raif Anaqi Hafiz.... 

14 Ogos 2014
Pagi 14ogos aku bergegas ke klinik. Bukan kerana sakit perut tapi temujanji ku seperti biasa. Bila nurse memanggil nama ku,aku memberitahu kepadanya... subuh semalam seperti air ketuban telah keluar(seperti lg tu)... Sebenarnya sudah 2 3 hari air tu meleleh keluar..kekeke tapi aku biarkan....aku fikirkan itu cuma keputihan atau aku yang terkencing...kekekeke nurse memarahiku..terus di refer ke doktor...iya ibu2 bapa2 slank ku suda bertukar jadi indon sejati..haha bila doktor mula memeriksa, mmg sah..itu air ketuban...doktor panik,dorg ingatkan aku mahu terberanak dah...sdgkan aku tidak berasa sakit walau sedikit...ok aku masih boleh ketawa... ambulans menghantar ku ke hospital Nukleus Labuan... 

Malam 14 ogos detik yang tidak dapat aku lupakan... aku paling cool di wad berkenaan, makan2 rambutan lg genk...relax steady...yalah tidak sakit perut pun...rasa mcm belum masanya untuk ku beranak. 
malangnya , seorang doktor india menuju ke katil ku.. lelaki pula tu...aku dah agak ada sesuatu bakal bermula sebentar lagi. Sekali lagi aku diseluk, dan kali ini sakitnya mmg aku tidak boleh gambarkan dengan kata2....huhuhu aku dapat rasakan darah mengalir deras. Doktor tolong tambah bukaan ku jadi 2cm... doktor tu sempat berpesan "lepas ni puan akan rasa sakit beranak"....aku nervous...betul kata doktor tu..malam tu perut ku sudah mula memulas... macam rasa sengugut..tapi sakit ni aku boleh tahan...

15Ogos 2014
Pepagi lagi doktor india tu datang melawatku...aku trauma memandang wajahnya. ehhhh sekali lagi aku di seluk, bukaan masih sama 2cm. Aku mula beristigifar... apa akan terjadi selepas ini??? induce!!!! iya itu dia.. aku di induce. Doktor memasukkan sejenis ubat untuk mempercepatkan bukaan. Selepas ubat tu masuk,ya Allah sakitnya aku tahan hingga ke malam. Sakitnya betul2 sakit..hahahaha malam tu adalah beberapa kali aku minta di check. Dan bukaan masih sama..2cm... bila menjelang subuh aku sekali lagi dengan muka tebal minta di check, iya alhamdulillah adalah 3cm. Aku masih mampu tersenyum,sakitnya perut hingga aku tidak dapat berjalan. Badan mengigil, pingang mcm patah-patah owwww....hihi

16ogos 2014
pagi ni sekali lagi aku buat muka enda malu minta di check. yeay akhirnya sampai ke 4cm. Betapa gembiranya aku. 4cm suda boleh masuk LR. Aku kemas brg baby, dan pergi ke LR. . jantung baby masih dibawa pengawasan nurse2 yg baik2 belaka..hihi
kalau bab sakit,aku tak perlu explain panjang2. Mmg sakit genk.. dan paling menyedihkan aku masuk LR jam8pagi, jam 5ptg barulah bukaan ku sampai 10cm..bayangkan....ngeri kan?????
bila aku di suruh azan, muka ku merah menahan. Berkali-kali aku dimarahi nurse. Huhuhu nurse dan doktor kelam kabut bila dengupan jantung baby ku makin lemah. Kekuatan ku habis di situ, doktor akhirnya membuat keputusan untuk membuat pembedahan dengan segera.  Dengan sepantas mungkin aku dibawa ke dewan bedah..larrr aku ingat bedah di LR tu jak.... hehehe dan alhamdulillah putera ku lahir melalui ceaser. Maafkan umi sayang, umi tidak dapat lahirkan baby dgn normal... huhu sedih... tapi takpa yg penting selamat...waktu yang paling best time pertama kali dengar suara Raif menanggis. Erm memang suara lelaki genk.... ! 


huhu panjangnya cerita....hihi akhirnya aku jadi ibu. !!!!  inilah pengalaman, dan aku mmg salute kepada u alls yg dah beranak beberapa kali tu...hihihi hargai ibu kita,hargai isteri2 anda.... sekian...


No comments: