Friday, 28 February 2014

Keluarga kecil saya....

Salam jumaat kalian...
apa khabar, ada baik kah???

masa cepat betul berlalu, februari berakhir hari ni...Aku pasti merindui februari kali ini.
cerita lepas kahwin?? hihi macam pasangan yang lain, aku pun sama merasa indahnya saat-saat berdua..cehh... Sebelum selepas sama saja, aku sangat excited dengan keluarga kecil yang aku bina ni..
Bagi kawan-kawan yang sudah lama bercinta, apa di tunggu lagi? Bercinta lama-lama enda semestinya bersatu... Itu aku sangat percaya...Bagi kawan-kawan yang ingin berkahwin mesti gundah gelana sebab persiapan, hantaran dan sebagainya kan... Erm entahlah aku ni lain barangkali, bukan aku tidak fikir semua itu.. Benda yang wajib tu harus kita dulukan.. buat apa yang kita mampu, jangan sesekali ikut cara orang lain... itu yang menyempitkan fikiran kita hingga akhirnya hubungan tu jadi bermasalah... 

Kahwin bukan petanda semuanya sudah tamat.. Bagi aku inilah permulaannya sebuah kehidupan.. Kalau dulu aku tidak berapa faham erti kekeluargaan, sekarang aku mengerti...rindu dengan family tu makin menebal. hahaaha anak mama kan...

oklah genk-genk ku semua,semoga kita semua terus sukses... semoga persahabatan kita takkan pernah pudar....  

Saturday, 8 February 2014

Kisah Di Sebalik Tabir "Aku Terima Nikahnya"....

Salam...
Alhamdulillah kita masih sempat meraihkan hari ini dengan penuh kesyukuran...
Alhamdulillah Alhamdulillah akhirnya penjuangan ku selama beberapa tahun ni berakhir dengan penuh bunga-bunga sinta..cehhh.... 

aku sah menjadi isterinya..... itu ayat yang aku rasa masih macam tak percaya. alhamdulillah sekali lagi. Aku sangat bersyukur kerana di sokong penuh oleh keluarga.. tanpa mereka siapalah kami. Maaf kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang tidak sempat ku bagitahu. Semuanya berjalan dengan pantas dan lancar sekali. Banyak sebenarnya prosedur yg aku kena lalui lebih-lebih lagi aku berwalikan hakim.. hanya mereka yang terdekat faham kenapa majlis ni berlangsung di Labuan... selain sibuk dengan tugas harian, kerja melimitkan pergerakan ku sebenarnya.. Aku tidak boleh sesuka hati keluar dari Labuan... Dan banyak lagi sebab lain sebenarnya sehingga aku malas mahu cerita..hihihi 

Rahsia??? majlis ni sangat simple, mungkin bukan seperti rakan-rakan lain. Pengantin biasanya pakai tudung baju manik-manik, lip lap lip lap..Tapi aku pilih untuk menjadi sesimple yang mungkin kerana itu salah satu permintaan suami ku.... Bukan niat untuk berahsia pada kawan-kawan tapi aku memang ingin jadikan hari bahagia itu sebagai sejarah dan berharga tanpa menjadi bahan cerita dan gosip....pelikkan aku....:)

Dia suami ku...iya betul dialah suami ku... kenapa dia? aku mengenalinya pada saat-saat aku sangat memerlukan kekuatan. 3tahun yang lalu selepas perbagai peristiwa berlaku, aku memberi kerpercayan padanya.... kami berkenalan di muka buku, setengah tahun bercinta jarak jauh akhirnya dia berpindah ke Pulau ini untuk berkerja. Kami bermula di sini....banyak peristiwa yang hampir-hampir memutuskan kami...selepas 2tahun kami bertunang setahun.. 

oklah itu saja yang aku ingin kongsikan kepada semua... kami tiada harta yang boleh dibanggakan.... tapi kami ada keluarga yang sangat awesome.... :)